Sentiment
Trader

Muat Turun Sekarang
Tertakluk kepada Terma dan Syarat

Sentimen Instrumen

Papan Pemuka

Berbilang Simbol

Carta Sentimen Bersejarah

Berdasarkan data sentimen langsung dari FX Blue Labs, ini membolehkan anda mengambil kira sentimen pasaran masa nyata dalam keputusan perdagangan. Anda boleh menggunakan maklumat sentimen sebagai pengesahan keputusan perdagangan, atau sebagai langkah selamat

Ciri-ciri utama

  • Sentimen panjang atau singkat semasa bagi sesebuah instrumen, seperti pasangan matawang
  • Papan pemuka sentimen semasa bagi berbilang simbol
  • Carta sentimen bersejarah yang ditandakan berbanding harga

Pilihan lanjut

  • Pilihan rangka masa bagi sentimen dan harga bersejarah
  • Paparan boleh suai bagi sentimen semasa: pengukur, carta pai, dail
  • Paparan boleh suai bagi data bersejarah: batang lilin, garisan, dsb.
  • Papan pemuka bagi kedudukan terbuka semasa dalam setiap simbol, dan juga sentimen
  • Tiket urusniaga ringkas untuk menempatkan perintah secara langsung daripada Pedagang Sentimen (Sentiment Trader), tanpa perlu kembali ke platform dasar

Cara untuk membaca data

Senarai simbol yang tersedia ditentukan oleh populariti, misalnya bilangan orang yang membacanya. Contohnya, data sentimen tidak tersedia untuk CADJPY kerana biasanya tidak ramai pedagang yang mempunyai kedudukan terbuka untuk mengira peratusan yang bermakna.

Jika anda mempunyai berbilang perintah dalam simbol yang sama, maka pengiraan sentimen akan menggunakan angka bersih tunggal untuk kedudukan pedagang berkenaan. Contohnya, jika pedagang mempunyai perintah belian terbuka untuk 1.5 lot dan perintah jualan terbuka untuk 0.7 lot, maka perintah berkenaan dianggap sebagai panjang. Peratusan sentimen tidak dihitung mengikut volum (kerana terdapat sebilangan kecil pengguna yang mempunyai akaun dan saiz dagangan yang besar). Pedagang yang mempunyai 0.1 lot panjang mempunyai kesan yang sama terhadap angka seperti pedagang yang mempunyai 50 lot panjang.

Penggera

Data sentimen turut tersedia dalam Pengurus Penggera (Alarm Manager), yang membolehkan anda untuk mencipta peringatan mengenai data sentimen, malah dapat melaksanakan tindakan automatik seperti menempatkan perintah apabila ambang sentimen dicapai.

Sumber Data: Sentimen pasaran adalah berdasarkan data masa nyata yang diambil daripada berbilang pembekal perkhidmatan oleh rakan kongsi kami, FXBlue dan hanya sekadar penanda sahaja. Sentiasa ingat bahawa data volum boleh berubah dengan mendadak semasa dalam pergerakan pasaran atau apabila pedagang menutup/membuka kedudukan dengan volum yang besar.

Penafian: Bahan ini dibekalkan sebagai komunikasi pasaran umum bagi tujuan pengetahuan semata-mata dan tidak boleh dianggap sebagai penyelidikan pelaburan bebas. Tiada perkara dalam komunikasi ini mengandungi, atau boleh dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau pelaburan yang disarankan atau pemujukan atas tujuan untuk membeli atau menjual sebarang instrumen kewangan. Semua maklumat yang dibekalkan tidak memberikan jaminan terhadap prestasi masa hadapan.

chat icon