Alarm
Manager

Muat Turun Sekarang
Tertakluk kepada Terma dan Syarat

Penggera Akaun

Penggera Berita/Sentimen

Penggera Aktiviti Dagangan

Penggera Harga

Pembantu dagangan yang unik dan berkuasa ini direka khas untuk pedagang individu dan juga peneraju dagangan dan pendidik yang ingin menyiarkan maklumat penting kepada pengikut masing-masing.
Pedagang boleh mencipta penggera berasaskan peraturan yang akan melaksanakan beberapa tindakan tertentu. Perisian ini boleh memaklumkan pedagang mengenai acara, melaksanakan tindakan seperti menempatkan perintah baru atau menutup kedudukan sedia ada, atau menghantar kemas kini kepada pengikut melalui e-mel, SMS atau Twitter.

Penggera yang tersedia

  • Penggera akaun: perubahan dalam parameter akaun utama seperti margin, baki, keuntungan, kerugian, kemenangan/kerugian berturutan, dsb.
  • Penggera Berita/Sentimen: dicetuskan oleh acara kalendar atau perubahan bahan dalam sentimen pasaran langsung
  • Penggera aktiviti dagangan: memaklumkan mengenai dagangan yang baru dibuka atau ditutup, keuntungan/kerugian terapung pada dagangan individu, dan mengenal pasti dagangan tanpa henti rugi dsb.
  • Penggera harga: dicetuskan oleh perubahan/tahap/pecah keluar harga
  • Penggera Penanda Teknikal: berdasarkan perubahan dalam penanda teknikal seperti ATR, Jalur Bollinger, Purata Pergerakan, MACD, Ayunan, Stokastik, RSI, dsb.
  • Penggera masa: membolehkan pedagang untuk menetapkan penggera jam randik dan jam harian

Tindakan yang tersedia selepas penggera dicetuskan

  • Penggera: menghantar atau menyiarkan kiriman Twitter, SMS, mesej e-mel, peringatan pop muncul/penggera bersuara
  • Perintah: menempatkan pasaran atau perintah menunggu baru
  • Dagangan: menutup sesetengah atau semua dagangan

Contoh kegunaan

  • Amaran di skrin, e-mel atau SMS jika kegunaan margin melebihi 20%
  • Tutup semua kedudukan yang rugi jika surutan pada akaun melebihi 10%
  • Hantar mesej kepada pengikut di Twitter (atau e-mel atau SMS) setiap kali dagangan dibuka atau ditutup
  • Tempatkan perintah atau tutup kedudukan secara automatik pada masa tertentu yang akan datang
  • Amaran jika terdapat kedudukan terbuka tanpa henti rugi
  • Tempatkan perintah atau tutup kedudukan secara automatik berdasarkan penanda teknikal
  • Hantar mesej kepada pengikut di Twitter apabila terdapat kedudukan tinggi 30 hari pada mana-mana instrumen
  • Ingatkan diri anda untuk berhenti berdagang jika anda mempunyai 5 dagangan merugikan berturut-turut, atau jika baki anda berkurangan sebanyak lebih daripada 4%, atau jika peratusan keuntungan/kerugian anda jatuh di bawah paras 30%
  • Tunjukkan mesej 10 minit sebelum acara berimpak tinggi dalam kalendar ekonomi
  • Tempatkan perintah baru apabila RSI melebihi 70 pada tiga rangka masa yang berbeza

Sumber data: FX Blue Labs

Penafian: Bahan ini dibekalkan sebagai komunikasi pasaran umum bagi tujuan pengetahuan semata-mata dan tidak boleh dianggap sebagai penyelidikan pelaburan bebas. Tiada perkara dalam komunikasi ini mengandungi, atau boleh dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau pelaburan yang disarankan atau pemujukan atas tujuan untuk membeli atau menjual sebarang instrumen kewangan. Semua maklumat yang dibekalkan tidak memberikan jaminan terhadap prestasi masa hadapan.