Analisis pemantauan dagangan dan alat pelajari boleh suai ini membolehkan anda untuk berinteraksi dengan platform dagangan dengan memaparkan dan menganalisis akaun dan data harga dalam masa nyata, menggunakan kemahiran Excel anda tanpa perlu mempelajari bahasa pengaturcaraan yang rumit. Anda juga boleh membina hamparan kerja tunggal yang membandingkan data di merentasi berbilang akaun.
Alat ini membolehkan anda untuk:
- Memasukkan akaun, tiket dan data harga masa nyata ke dalam Excel hanya dengan menggunakan fungsi RealTimeData (RTD) yang terbina dalam program tersebut tanpa makro atau pengaturcaraan – hanya pengetahuan standard Excel diperlukan.
- Hantar perintah dagangan ringkas daripada kod VBA dalam Excel (atau daripada mana-mana bahasa lain yang menyokong COM).
Contohnya, sebaik sahaja alat RTD Excel dijalankan, formula bagi memaparkan ekuiti pada akaun bernombor 123789 - dikemas kini pada masa nyata - adalah seperti yang berikut.
=RTD("FXBlueLabs.ExcelRTD", , "123789", "equity")
Contoh formula lain termasuk:
Harga bida semasa bagi GBPUSD=RTD("FXBlueLabs.ExcelRTD", , "123789", "bidGBPUSD")Bilangan kedudukan terbuka pada akaun
=RTD("FXBlueLabs.ExcelRTD", , "123789", "tickets")PL terapung bagi kedudukan terbuka pertama pada akaun
=RTD("FXBlueLabs.ExcelRTD", , "123789", "t1pl")Kedudukan tinggi bagi lilin H1 semasa bagi USDJPY
=RTD("FXBlueLabs.ExcelRTD", , "123789", "@bh,USDJPY,H1,high,0")EMA 21 bar daripada harga median pada carta lilin M3 EURUSD
=RTD("FXBlueLabs.ExcelRTD", , "123789", "@ema,EURUSD,M3,median,21,0")
Seperti mana-mana sel lain dalam Excel, RTD boleh dipautkan kepada carta, atau pemformatan bersyarat, contohnya, menyerlahkan dagangan atau akaun yang merugikan dengan warna merah. Oleh itu, pedagang maju yang telah membina model pasaran dalam Excel boleh menggunakan alat ini untuk menggabungkan model dengan harga (dan data kedudukan terbuka) masa nyata, menggunakan ciri-ciri Excel untuk memaklumkan mereka apabila sesuatu kedudukan perlu dibuka atau ditutup.
Alat RTD Excel disertakan dengan panduan pengguna serta hamparan contoh. Menggunakan fungsi yang dijelaskan di atas, hamparan contoh ini menunjukkan cara untuk melaksanakan papan pemuka pedagang yang lengkap dengan carta yang menunjukkan PL terapung pada berbilang akaun, perbandingan harga, dan senarai tiket yang digabungkan untuk berbilang akaun.
Pengaturcaraan VBA
Pedagang dengan pengetahuan minimum dalam pengaturcaraan VBA juga boleh menggunakan Excel untuk menghantar perintah dagangan (atau untuk membaca data) menggunakan kod seperti yang berikut, yang boleh dipautkan kepada butang pada hamparan:
-
Set cmd = CreateObject("FXBlueLabs.ExcelCommand")
-
strResult = cmd.SendCommand("123789", "BUY", "s=EURUSD|v=10000", 5)
Maksudnya, pedagang dengan kemahiran pengaturcaraan asas juga boleh menggunakan Excel untuk apa sahaja daripada membina tiket urusniaga tersuai mereka sendiri, kepada melakukan dagangan automatik berdasarkan model kewangan dalam Excel.
Keupayaan untuk menghantar perintah dan membaca data sebenarnya boleh dimanfaatkan daripada sebarang persekitaran pengaturcaraan yang menyokong COM, bukan hanya VBA Excel sahaja. Contohnya, pedagang boleh mencipta apa sahaja daripada skrip .vbs ringkas yang dapat menutup semua kedudukan, kepada menulis algoritma rumit dalam C#, kedua-duanya bagi menempatkan dagangan dengan menghantar perintah kepada aplikasi RTD Excel.