Terminal Mini (Mini Terminal) merupakan lanjutan daripada Terminal Dagangan (Trade Terminal), yang direka khas untuk pedagang yang ingin menumpukan perhatian terhadap pasaran tertentu dan seterusnya memaparkan tiket urusniaga yang sama seperti Terminal Dagangan dalam konteks carta dagangan khusus.
Tiket urusniaga
Ciri-ciri utama tiket urusniaga:
- Medan ringkas untuk menetapkan tahap henti rugi, ambil untung dan hentian jejakan dalam pip
- Kalkulator pop muncul, contohnya untuk mengetahui saiz lot yang sepadan dengan risiko wang tunai bagi jarak henti rugi tertentu
- Penanda Kedudukan Terbuka
- Borang urusniaga pop muncul untuk mencipta perintah menunggu serta perintah pasaran
- Keupayaan untuk mencipta templat untuk entri perintah pantas
- Pautan pantas untuk penutupan semua kedudukan, atau semua kedudukan yang menguntungkan/merugikan
- Pautan pantas untuk mengembalikan atau melindung nilai sesuatu kedudukan
Maksudnya, Terminal Mini (Mini Terminal) membolehkan entri satu klik bagi perintah pasaran ringkas, dan entri dua klik bagi potensi templat pratetap rumit. Templat ini juga boleh digunakan dalam Terminal Dagangan (Trade Terminal) dan alat Pengurus Pasaran (Market Manager).
Garisan Pintar
The latest version of the Mini Terminal includes Smart Lines technology. This lets you create sophisticated, flexible stop-losses and take-profits simply by drawing lines on your MT4 or MT5 chart. You simply draw the line and then hold down the Ctrl key while clicking on it in order to turn it into a Smart Line.
The Smart Lines functionality makes possible three main additions to MT4 and MT5 trading:
- Henti rugi (atau ambil untung) garisan trend
- Berbilang hentian (atau ambil untung) untuk tiket tunggal, misalnya dengan melakukan penutupan sebahagian pada harga yang berbeza
- Hentian berdasarkan masa, misalnya penutupan sebahagian atau penutupan penuh apabila garisan menegak (masa) pada carta dicapai
Ciri-ciri lain
Terminal Mini (Mini Terminal) boleh dikeluarkan daripada carta dagangan menjadi tetingkap terapung (dan tetingkap ini boleh ditetapkan untuk sentiasa berada di atas tetingkap lain). Dengan ini, anda boleh terus menempatkan perintah daripada satu tetingkap kecil, tanpa perlu membuka platform dagangan penuh, sambil anda melihat maklumat lain seperti berita pada laman web atau model kewangan dalam Excel.
The Mini Terminal can also undock entire charts from MT4 and MT5 - it can be used to turn a single instance of MT4 and MT5 into a multi-monitor platform, allowing the user to put different trading charts on different monitors.