Market
Manager

Muat Turun Sekarang
Tertakluk kepada Terma dan Syarat

Pilih Simbol

Lihat Aktiviti Harga

Tempatkan Perintah

Ubah Suai Kedudukan Sedia Ada

Alat ini membekalkan gerbang kepada semua aspek dalam pengurusan akaun, daripada tetingkap kecil dan mudah yang boleh sentiasa berada di atas tetingkap lain agar pedagang boleh terus memerhatikannya sambil menggunakan aplikasi lain seperti pelayar web.

Fungsi utama

  • Harga simbol
  • Kedudukan terbuka semasa dan kebolehuntungan bagi setiap simbol
  • Beralih dengan pantas antara kumpulan simbol yang berbeza
  • Keupayaan untuk menempatkan perintah pasaran baru dan perintah menunggu
  • Senarai tiket terbuka
  • Keupayaan untuk mengubahsuai kedudukan sedia ada dan perintah menunggu, misalnya mengubah tahap henti rugi
  • Mengira metrik seperti ekuiti dan margin bebas, dengan pengukur yang menunjukkan keuntungan dan penggunaan margin dalam bentuk grafik
  • Gambaran keseluruhan terhadap pergerakan harga terkini bagi sesuatu simbol dalam berbilang rangka masa

Ciri-ciri tambahan

Pengurus Pasaran (Market Manager) berkongsi templat borang entri perintah dengan aplikasi dagangan kami yang lain. Templat entri pantas yang dicipta dalam Terminal Dagangan (Trade Terminal) atau Terminal Mini (Mini Terminal) juga boleh digunakan dalam Pengurus Pasaran (Market Manager), dengan membekalkan penempatan dua klik bagi entri perintah yang rumit. Templat yang dicipta dalam Pengurus Pasaran (Market Manager) tersedia sebagai pertalian kepada Terminal Dagangan (Trade Terminal) dan Terminal Mini (Mini Terminal).

Selain itu, Pengurus Pasaran (Market Manager) turut berkongsi tetingkap pengubahsuaian perintah dengan Terminal Dagangan (Trade Terminal) dan Terminal Mini (Mini Terminal): anda boleh mengubah suai kedudukan terbuka atau perintah menunggu menggunakan julat pilihan sama yang tersedia ketika membukanya buat kali pertama. Contohnya, anda boleh menetapkan tahap henti rugi baru dengan menentukan risiko tunai, dan bukannya dengan memasukkan harga yang sepadan.

Daripada sekadar menduakan kemudahan pencartaan yang dibekalkan oleh platform dagangan dasar, Pengurus Pasaran (Market Manager) membekalkan tetingkap padat tunggal yang merumuskan pergerakan harga terkini bagi sesuatu simbol untuk berbilang tempoh masa:

  • Carta bar bagi pergerakan terkini pada M5, M15, dan H1
  • Pengukur menunjukkan harga semasa yang sepadan dengan tinggi rendah bagi tempoh 60 minit, 24 jam, dan 5 hari yang lalu
  • Carta tanda

Akhirnya, Pengurus Pasaran (Market Manager) akan mengubahsuai saiz fon secara automatik untuk disesuaikan dengan saiz tetingkap pilihan pengguna!

Sumber data: FX Blue Labs

Penafian: Bahan ini dibekalkan sebagai komunikasi pasaran umum bagi tujuan pengetahuan semata-mata dan tidak boleh dianggap sebagai penyelidikan pelaburan bebas. Tiada perkara dalam komunikasi ini mengandungi, atau boleh dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau pelaburan yang disarankan atau pemujukan atas tujuan untuk membeli atau menjual sebarang instrumen kewangan. Semua maklumat yang dibekalkan tidak memberikan jaminan terhadap prestasi masa hadapan.