• Akaun myHF anda ialah dompet anda yang dibuat secara automatik apabila anda mendaftar dengan HFM. Ia boleh digunakan untuk membuat deposit, pengeluaran dan pindahan dalaman ke akaun dagangan dan daripada akaun dagangan anda. Melalui ruangan myHF, anda juga boleh membuat akaun dagangan langsung dan akaun demo.

PERHATIAN: Anda boleh log masuk ke akaun myHF anda hanya daripada laman web atau menggunakan Aplikasi.

  • Akaun dagangan ialah akaun Langsung atau Demo yang anda buat melalui ruangan myHF anda untuk mendagangkan mana-mana aset yang tersedia.

PERHATIAN: Anda boleh log masuk ke akaun dagangan Langsung/Demo anda hanya di platform atau Web Terminal.

  • Anda perlu menggunakan butiran log masuk yang anda terima pada alamat e-mel anda yang didaftarkan selepas membuat akaun dagangan Langsung atau Demo.

    Anda perlu memasukkan:

    • Nombor Akaun Dagangan
    • Kata laluan pedagang
    • Server. Nota: Kami dengan hormatnya ingin memaklumkan kepada anda bahawa anda boleh menggunakan alamat IP server sekiranya server yang diperlukan tidak tersedia. Anda perlu menyalin alamat IP server secara manual dan menampalnya dalam medan server. Alamat IP yang berkaitan boleh didapati di sini dan di sini
  • Untuk membuka akaun Demo klik di sini. Akaun demo membolehkan anda berdagang tanpa risiko dengan memberikan anda akses kepada HFM MT4 dan MT5 platform dagangan, dan dana demo tanpa had.
  • Untuk membuka akaun Live klik di sini . Akaun langsung membolehkan anda membuka akaun dengan wang sebenar untuk memulakan dagangan langsung. Anda hanya memilih jenis akaun yang paling sesuai untuk anda, lengkapkan pendaftaran dalam talian, menghantar dokumen anda dan anda bersedia untuk pergi. Kami menasihati anda untuk membaca pendedahan risiko, perjanjian pelanggan dan terma perniagaan sebelum anda memulakan dagangan.
  • Dalam kes ini, myHF akan dibuka. MyHF adalah kawasan klien anda di mana anda dapat menguruskan akaun demo, akaun live dan urusan kewangan.
  • Bagi akaun Live, kami memerlukan sekurang-kurangnya dua dokumen untuk menerima anda sebagai pelanggan individu.

    • Bukti pengenalan - salinan imbasan berwarna (dalam format PDF atau JPG) semasa (tidak tamat tempoh) pasport anda. Jika anda tidak mempunyai pasport yang sah, sila muat naik dokumen pengenalan serupa yang mengandungi foto anda seperti Kad Pengenalan atau Lesen Memandu.
    • Bukti Alamat - Penyata Bank atau Bil Utiliti. Walau bagaimanapun, sila pastikan dokumen yang diberikan tidak bertarikh lebih dari 6 bulan dan nama serta alamat fizikal anda dipaparkan dengan jelas.

Nota Penting: Nama pada dokumen Bukti Pengenalan mesti sepadan dengan nama pada dokumen Bukti Alamat.

Anda boleh memuat naik dokumen anda terus daripada ruang myHF; secara alternatif, anda juga boleh mengimbasnya dan menghantarnya ke [email protected]

Dokumen anda akan disemak oleh jabatan pengesahan dalam masa 48 jam. Sila ambil perhatian, sebarang deposit akan dikreditkan ke akaun hanya selepas dokumen anda diluluskan dan ruang myHF anda diaktifkan sepenuhnya.

  • Leverage available for HFM trading accounts is up to 1:2000 depending on the account type. For further details please go to our Account Types page on our website.
  • Deposit awal minimum bergantung pada jenis akaun yang dipilih. Sila klik di sini untuk melihat semua akaun kami dan deposit permulaan minimum bagi setiap.
  • Kami menawarkan pelbagai pilihan deposit. Sila klik di sini untuk melihat semua kaedah yang ada.
  • Anda boleh mengeluarkan dana anda pada bila-bila masa sekiranya dana tersebut adalah lebihan daripada keperluan margin. Untuk permohonan pengeluaran dana, hanya log masuk ke kawasan myHF (kawasan klien anda) dan pilih 'Pengeluaran'. Pengeluaran yang dipohon sebelum 10:00 am waktu server akan diproses pada hari sama diantara jam 7:00am dan 5:00pm waktu server.
  • Pengeluaran yang diserahkan selepas 10:00 am waktu pelayan, akan diproses pada hari perniagaan berikutnya antara 7:00 am dan 5:00 pm waktu pelayan.
  • Untuk melihat semua pilihan pengeluaran yang tersedia, sila klik di sini
  • Spread ialah perbezaan antara bida dan tawaran.
  • Volum dagangan minimum akan bergantung pada akaun yang dibuka. Walau bagaimanapun, saiz dagangan minimum yang kami terima ialah 1 lot mikro (0.01 lot). Volum minimum untuk US Oil, UK Oil dan Indeks ialah 1 lot standard.
  • Tiada Yuran tambahan.
  • Pelanggan HFM mempunyai kemampuan untuk melaksanakan dagangan terus daripada sebut harga penstriman masa nyata, disediakan oleh pembekal kecairan terbesar dalam pasaran Forex.
HFM adalah jenama kepada HF Markets Group yang terdiri daripada entiti berikut:

  • HF Markets (SV) Ltd yang diperbadankan di St. Vincent & the Grenadine merupakan Syarikat Perniagaan Antarabangsa dengan nombor pendaftaran 22747 IBC 2015
  • HF Markets (Europe) Ltd ialah Firma Pelaburan Cypriot (Cypriot Investment Firm. CIF) di bawah nombor HE 277582. Dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) di bawah nombor lesen 183/12.
  • HF Markets (Seychelles) Ltd dikawal selia oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Seychelles (FSA) dengan nombor Lesen Peniaga Sekuriti SD015.
  • HF Markets SA (PTY) Ltd adalah Penyedia Servis Kewangan dariapadaFinancial Sector Conduct Authority (FSCA) di South Africa dengan nombor kuasa 46632.
  • HFM Investments Ltd diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Pasaran Modal di Republik Kenya sebagai broker pertukaran asing dalam talian dengan lesen bernombor no. 155.
  • HF Markets (DIFC) Ltd diberi kuasa dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Dubai (DFSA) di bawah nombor lesen F004885.
  • HF Markets (UK) Ltd diberi kuasa dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perlakuan Kewangan (FCA) di bawah nombor rujukan firma 801701.
  • Pasaran dibuka 24 jam dengan dagangan Forex bermula setiap hari di Sydney, dan ke seluruh dunia apabila hari perniagaan bermula di setiap pusat kewangan, bermula dengan Tokyo, kemudian London, dan New York. Tidak seperti pasaran kewangan lain, pelabur boleh memberi respons kepada turun naik mata wang yang disebabkan oleh peristiwa ekonomi, sosial dan politik pada masa peristiwa berlaku - siang atau malam. Pasaran dibuka 24/5.
  • Jika anda membeli mata wang, anda membuka kedudukan 'panjang', jika menjual - 'singkat'. Misalnya, jika anda membeli 1 lot EUR/USD, itu bermakna anda membuka kedudukan panjang untuk 100,000 EUR melawan USD. Dan jika anda menjual 10 lot USD/CAD, itu bermakna anda membuka kedudukan singkat untuk 1 juta USD melawan CAD.
  • Alat pengurusan risiko yang paling lazim dalam dagangan Forex ialah pesanan had dan pesanan henti rugi. Pesanan had meletakkan sekatan pada harga maksimum yang hendak dibayar atau harga minimum yang hendak diterima. Pesanan henti rugi menetapkan kedudukan tertentu untuk dicairkan secara automatik pada harga yang dipratentukan untuk mengehadkan potensi kerugian sekiranya pasaran bergerak bertentangan daripada kedudukan pelabur.
  • Pedagang mata wang membuat keputusan menggunakan kedua-dua faktor teknikal dan asas ekonomi. Pedagang teknikal menggunakan carta, garisan trend, aras sokongan dan rintangan, dan pelbagai analisis corak dan matematik untuk mengenal pasti peluang dagangan, manakala pedagang fundamental meramal pergerakan harga dengan mentafsirkan pelbagai maklumat ekonomi, termasuk berita, penunjuk dan laporan yang dikeluarkan kerajaan, dan juga khabar angin. Walau bagaimanapun, pergerakan harga paling mendadak berlaku apabila peristiwa tidak dijangka berlaku. Peristiwa boleh berbeza-beza dari Bank Pusat menaikkan kadar faedah domestik sehinggalah hasil daripada pilihan raya politik mahupun tindakan peperangan. Namun begitu, selalunya jangkaan terhadap peristiwa yang memacu pasaran, bukannya peristiwa itu sendiri.
  • Sekiranya anda mengalami masalah dengan dagangan anda, atau ingin merubah pesanan dagangan melalui telefon, sila hubungi pasukan execution kami melalui telefon. Sila ambil maklum bahawa pasukan execution hanya dapat merubah atau menutup dangangan sedia ada sahaja.
  • Ya, anda boleh. Akaun bersama dimiliki oleh dua pemegang akaun dan boleh digunakan oleh salah satu daripada mereka. Buka akaun bersama hari ini untuk mendapat manfaat daripada syarat dagangan yang unggul.
  • Ya, anda boleh membuka akaun korporat. Akaun korporat membenarkan berbilang pengguna dan dana yang diperuntukkan oleh syarikat.
  • Sila pergi ke hfm.com/int/ dan pilih 'Sokongan Langsung'. Salah seorang Ejen Sokongan kami yang berdedikasi akan dapat menjawab sebarang soalan yang mungkin anda ada. Kami menawarkan sokongan langsung 24/5 kepada semua pelanggan kami. Sebagai alternatif, hantarkan e-mel ke [email protected].
chat icon