Session
Map

Muat Turun Sekarang
Tertakluk kepada Terma dan Syarat

Gambaran Keseluruhan Pasaran

Pasaran Utama Dunia

Penanda Berita Akan Datang

Gambaran Keseluruhan Pergerakan Harga

Paparan utama alat ini merupakan peta yang menunjukkan pasaran dunia utama dan gambaran mengenai waktu tempatan anda (mengikut jam komputer). Ia memberikan gambaran keseluruhan pasaran yang segera, termasuk status semasa akaun anda. Ia turut disertakan dengan beberapa ciri-ciri menarik yang lain.

Kalendar Ekonomi

Bar pada bahagian bawah menunjukkan acara akan datang dalam kalendar ekonomi, dengan pengekodan warna mengikut impak yang mungkin berlaku. Anda boleh mendapatkan keterangan pantas mengenai acara berita dengan melayangkan tetikus anda di atas penanda dalam bar, dan baca keterangan penuh dengan mengklik pada penanda tersebut.

Perubahan pasaran utama

Peta Sesi (Session Map) turut memaparkan maklumat mengenai pergerakan harga dalam pasaran utama dalam sesi semasa atau sesi sebelumnya. Bagi setiap senarai simbol utama, alat ini akan memaparkan maklumat yang berikut mengenai perkara yang telah berlaku dalam sesi berkenaan setakat ini (atau setakat penghujung sesi yang lengkap):

  • Peningkatan atau penurunan ketika sesi berlangsung, dalam pip
  • Jumlah julat dagangan ketika sesi berlangsung, dalam pip
  • Harga penutup - atau harga semasa bagi sesi yang sedang berlangsung

Data akaun

Sebagai perincian lanjut, Peta Sesi (Session Map) turut menunjukkan status akaun anda. Peta dunia berkenaan ditandakan dengan pengekodan warna sama ada anda sedang mengalami keuntungan atau kerugian, dan sebarang keuntungan/kerugian terapung ditunjukkan dalam penanda pada bahagian atas peta. Dengan klik pada penanda ini akan memaparkan metrik akaun utama seperti ekuiti, baki atau penggunaan margin.

Nota: Harga yang digunakan dalam Peta Sesi (Session Map) merupakan purata industri dan mungkin sedikit berbeza daripada harga yang ditunjukkan dalam platform dagangan individu anda.

Sumber data: FX Blue Labs

Penafian: Bahan ini dibekalkan sebagai komunikasi pasaran umum bagi tujuan pengetahuan semata-mata dan tidak boleh dianggap sebagai penyelidikan pelaburan bebas. Tiada perkara dalam komunikasi ini mengandungi, atau boleh dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau pelaburan yang disarankan atau pemujukan atas tujuan untuk membeli atau menjual sebarang instrumen kewangan. Semua maklumat yang dibekalkan tidak memberikan jaminan terhadap prestasi masa hadapan.

chat icon