Correlation
Trader

Muat Turun Sekarang
Tertakluk kepada Terma dan Syarat

Periksa Korelasi Bersejarah

Perhatikan Perbezaan Berkembang

Pilih Mana-Mana Rangka Masa

Tiket Urusniaga Ringkas

Pedagang Korelasi (Correlation Trader) memperoleh maklumat penting daripada Matriks Korelasi (Correlation Matrix) dan mengembangkannya agar anda dapat melakukan dagangan perbezaan masa nyata dalam korelasi antara dua pasaran pilihan anda. Pedagang Korelasi (Correlation Trader) bukan sahaja menunjukkan korelasi semasa antara dua simbol yang dipilih, tetapi turut menunjukkan aktiviti harga semasa bagi membantu anda melakukan keputusan yang lebih bermaklumat.

Tujuan utama

  • Periksa korelasi bersejarah antara simbol dengan lebih terperinci
  • Perhatikan, dan dagangkan perbezaan berkembang dalam korelasi tersebut

Anda boleh memilih mana-mana rangka masa untuk carta bersejarah – termasuk tempoh seperti M3 atau H8 yang tidak sentiasa disokong oleh platform dasar – kemudian anda boleh menggunakannya pertimbangan anda, berserta korelasi semasa, untuk memerhatikan perbezaan boleh dagang dalam perhubungan antara simbol berkenaan.

Pedagang Korelasi (Correlation Trader) disertakan dengan tiket urusniaga ringkas untuk menempatkan perintah secara langsung daripada alat berkenaan, tanpa perlu kembali ke platform dasar.

Alat ini juga boleh digunakan sebagai cara ringkas untuk memaparkan dua carta harga secara bersebelahan, serta kedudukan terbuka dan juga keuntungan bagi setiap simbol.

Tentang korelasi: Korelasi dapat memberikan kesan utama terhadap risiko dagangan. Contohnya, jika EURUSD dan USDCHF mempunyai korelasi yang kukuh, pedagang yang mempunyai kedudukan terbuka dalam kedua-dua pasangan matawang berkenaan akan melihat keuntungan yang sama bagi setiap kedudukan. Sebenarnya, pedagang tidak mempunyai dua kedudukan; mereka hanya mempunyai satu kedudukan. (Mereka akan sama ada melihat keuntungan atau kerugian yang sama bagi setiap kedudukan, atau mereka melihat keuntungan dan kerugian yang lebih besar dan membatalkan sesama yang lain.)

Sumber data: FX Blue Labs

Penafian: Bahan ini dibekalkan sebagai komunikasi pasaran umum bagi tujuan pengetahuan semata-mata dan tidak boleh dianggap sebagai penyelidikan pelaburan bebas. Tiada perkara dalam komunikasi ini mengandungi, atau boleh dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau pelaburan yang disarankan atau pemujukan atas tujuan untuk membeli atau menjual sebarang instrumen kewangan. Semua maklumat yang dibekalkan tidak memberikan jaminan terhadap prestasi masa hadapan.